Sunday 27 November 2011

Tips Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan

Ketahui cara terbaik pembelajaran anda.

Ramai yang tak sedar kepentingan yang ini. Adik-adik, otak kita ini terbahagi kepada dua. Yang kanan biasanya untuk anggota sebelah kiri. Otak kiri pula digunakan untuk anggota sebelah kanan. Dah tahu kan?

Otak kiri biasa digunakan untuk bahasa, membaca, urutan dan sebagainya. Yang kanan pula untuk irama muzik, gambar-gambar dan sebagainya. Jadi, dengan menggunakan kesemua kelebihan-kelebihan yang anda ada, secara tidak langsung anda dapat memaksimumkan penggunaan otak anda.


Bila ditanya, mengapa saya selalu lupa apa yang saya baca? Jawapannya mudah, kenapa kita tidak menggunakan keseluruhan nikmat yang Allah beri. Bayangkan apa akan jadi jika kita berjalan hanya dengan sebelah kaki. Dapat bayangkan seorang manusia yang mempunyai sebelah mata sahaja yang masih berfungsi untuk melihat.

Justeru adik-adik dan pembaca sekalian, Tuhan beri kita sepasang otak yang cukup bernilai, maka gunakanlah sebaiknya.

Bagi yang merasakan mudah untuk memahami sesuatu subjek dengan lukisan, maka buatlah seberapa banyak peta minda untuk studi anda. Bagi yang mudah untuk mengingat dengan mendengar, maka siapkanlah diri anda untuk itu, insyaAllah berjaya.

7. Lengkapkan nota.

Ramai tak buat yang nombor tujuh ini. Ya kan? Pelajar cemerlang sentiasa lengkap. Pelajar yang bermotivasi, dia selalu tak tinggal nota. Balik saja dari kelas, dia terus ulangkali tajuk berkenaan, dia terus saja siapkan nota. Nota hari itu, hari itu juga dia siapkan. Ha, barulah dikata pelajar cemerlang.

Ada yang mungkin bertanya, penting ke nota ini? Ya, nota ini nampak macam tak penting. Tapi nota-nota yang kita buat inilah sebenarnya yang akan membantu kita nanti di kala sebulan terakhir nak exam. Tak percaya, cuba buat!

8. Jangan bertangguh.

Ini sikap pelajar hebat. Bukan pelajar sahaja, bahkan mana-mana orang yang nak cemerlang di dunia ini, dia tak amalkan sikap ini. Sikap bertangguh ini adalah kawan bagi manusia yang gagal. Dan manusia gagal ni selalu tak dapat apa-apa dalam hidup.

Justeru, kerja hari ini, hari ini juga kita buat. Apa yang diajar di kuliah siang tadi, malam itu juga ulang kaji, malam itu juga siap-siapkan nota dan malam itu juga buat latihan. Barulah perfect!

9. Siapkan diri menghadapi peperiksaan.

Ini juga penting. Tak boleh dinafikan yang kita ini belajar kerana peperiksaan. Betul? Tak ada orang yang nak study kalau bukan kerana ada exam. Ya, hidup ini juga suatu ujian, peperiksaan untuk setiap hamba-hamba Tuhan. Siapa yang beri? Allah yang uji kita.

Jadi, macam mana kita lengkapkan diri kita dengan segala amalan kerohanian untuk persiapan ujian hari akhirat nanti, macam itulah kita perlu siapkan diri kita menuju ke dewan peperiksaan.

Nasihat saya, banyakkanlah buat latih tubi. Banyak buat soalan-soalan latihan peperiksaan tahun lepas. Biasanya soalan-soalan itu juga yang akan keluar. Dan biasanya bab-bab itu juga yang akan digunakan di dalam pekerjaan nanti. Jadi, tak pernah rugi kalau anda lakukan, percayalah.

10. Jaga kesihatan

Yang terakhir ini nampak macam bosan. Yalah, saya yang menulis pun rasa bosan. Tak habis-habis kesihatan. Dengar ungkapan kesihatan aje, orang semua dah lari. Dan mungkin ada juga yang dah tak pandang apa yang saya sedang tulis ni. Dia baca tajuk nombor sepuluh itu aje, lepas tu dia blah. Aduhai, sampai hati.

Abang, kakak dan adik-adik semua, jagalah kesihatan anda. Jangan kata kesihatan itu tidak penting. Betapa ramai orang kat luar sana yang sedang sakit. Betapa banyak generasi-generasi lepas yang pernah melalui detik kegagalan kerana mengabaikan faktor kesihatan ini. Kejayaan sering kali berkait rapat dengan badan dan otak yang sihat.

Jagalah kesihatan anda, moga-moga kita juga dapat melaksanakan tuntutan Ilahi dengan mudah, dapat juga mengejar cita-cita tanpa halangan.

No comments:

Post a Comment