Sunday 30 January 2011

Pemakan Seimbang

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan . Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.

Nutrien - nutrien
a.Lemak
b.Protein
c.Vitamin
d.Karbohidrat

a.Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

b.Protein
Protien mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi oleh haiwan manakala protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

c.Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam sistem saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

d.Karbohidrat
Karbohidrat sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.


Dengan pemakanan yang seimbang kita dapat mencergaskan otak. Jika kanak - kanak lakukan pemakan yang seimbang pembelajaran mereka dapat dipertingkatkan hingga ke dewasa.

Selawat Syifa'

Bersama - sama kita berselawat ke atas nabi. Semoga Allah sentiasa merahmati kita.

Bahaya Merokok

Jika anda adalah seorang perokok mungkin anda akan taubat setelah melihat video ini,anda boleh tunjukan video ini kepada rakan-rakan anda supaya mereka sedar tentang betapa bahayanya rokok itu kepada paru-paru kita. Asap rokoklah penyebab kanser paru-paru dan sebagainya.Walaubagaimanapun, rokok bukan merbahaya bagi perokok sahaja, malah orang yang dikelilingi perokok juga boleh dapat penyakit kanser paru-paru.

Coke Diet + Mentos = Air Pancut

Hiburkan hati anda dengan pancutan Diet Coke + Mentos

Bahaya Radiasi Telefon Bimbit Popcorn

Dari sebiji popcorn menjadi banyak

Bahaya Radiasi Telefon Bimbit AIR MASAK

Kurangi Radiasi HP Anda dengan Anti Radiasi, dapat mengurangi radiasi sampai 90%.

Bahaya Radiasi Telefon Bimbit

Anti Radiasi Handphone dapat mengurangi bahaya radiasi handphone hingga 90%. Hati-hati kebakaran terjadi apabila HP kita berada dekat mesin SPBU. INI BUKTINYA!