Thursday 31 May 2012

Istilah makanan yang mengandungi babi


Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tau bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Friday 25 May 2012

Tak Ada Telinga, Tak Nampak

Kamal : Hafiz...aku nak tanya kau..kalau kau tak ade telinga kau yang belah  kanan apa akan jadi?

Hafiz : Aku tak akan dengar..

Kamal : Kalau kau tak ade yang lagi satu?

Hafiz : Aku tak nampak lah..

Kamal : Eh? Kenapa pulak?

Hafiz : Ye laa..kalau aku tak ada dua belah telinga akumacam mana nak pakai cermin mata..nnti aku pakai cermin mata jatuh pastu tak nampak..

Saturday 5 May 2012

Wanita dilarangkan memakai tdung di IPTA dan IPTS

Baru-baru ini satu isu hangat diperkatakan berkenaan dengan pemakaian tudung di IPTA dan IPTS telah diperdebatkan. Mengikut maklumat yang diperoleh, dikatakan Kerajaan dan Menteri berkaitan telah menghantar notis dan pekeliling ke sekolah-sekolah selain IPTA dan IPTS berikutan larangan pemakaian tudung oleh wanita di kawasan kampus Universiti dan sekolah.

  Perkara ini juga telah menjadi isu panas dan menerima bantahan oleh banyak pihak yang kurang berpuas hati dengan tindakan pihak kerajaan. Namun begitu, pihak Kerajaan berkeras untuk terus melaksanakan peraturan dan undang-undang ini secepat mungkin.

Menteri berkaitan telah mengeluarkan senarai beberapa jenis tudung yang diharamkan dipakai oleh kaum wanita antaranya ialah



tudung saji, 
tudung periuk,  
tudung termos  
tudung cat

Isteri Ada Masalah Pendengaran


Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Friday 27 April 2012

Kisah Ular Hitam Menunggu Mayat

SUATU cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah. Kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah-majalah tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 4...0an telah meninggal dunia.Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu. Subhanallah... Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.

Saturday 21 April 2012

Budak Paling Bodoh Dalam Dunia


Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “ Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia ”

Pelanggan: “ Naper awak cakap macam tu mamak? ”

Mamak: “ Awak tgk ni.. ” sambil memanggil Ajoi datang kepadanya.

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “ Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana? ”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha! ” Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “ Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu? ” Ajoi: “ Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu.

Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1. Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat. ”

Kenapa Tidak Boleh Kahwin??

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.

Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!! #@#$@#$

Thursday 19 April 2012

Kek Hari Jadi


Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Nanti Diamlah Dia



Seorang ibu muda pergi berjumpa kawannya yang kebetulan seorang doktor. Ketika rancak bersembang, anak kecil si ibu tadi sibuk menggeledah makmal kecil di rumah doktor tersebut. Si ibu tersebut tidak pula melarang anaknya yang semakin lama semakin rancak menggeledah bilik yang dipenuhi botol-botol ubat. Doktor tersebut tidak berkata apa-apa tentang kenakalan anak si ibu tadi.

"Prangggggg!!!" Bunyi botol kaca pecah. Barulah si ibu bersuara, "Saya harap awak tak kisah dengan anak saya tu. Dia memang nakal sikit. Biasalah, budak-budak."

"Ehh! Tak apa. Nanti sampai kat botol racun tu, diamlah dia," kata doktor tersebut dengan sinis."

Kejutkan Suami



Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang
tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

Penculik Bagi RM10

Ayah: kau balik naik kereta sape tadi hah??

Anak: tak tau la,diorang cakap diorang tuu penculik

Ayah: hah! Penculik!? Habis kenape diorang hantar kau balik plak??

Anak: sebab saya bagitau pekerjaan ayah laa

Ayah: ape yg kau bagitau kt diorang??

Anak: saya cakapla ngan jujur yg ayah nie pemalas,keje tido jer, penganggur, makan sekali sehari itupun nasi dgn kicap, tuu yg diorang hantar balik,nie hah siap belikan nasi goreng dan bagi RM10 ni buat belanje sekolah..

Ayah: !@#$&*

Thursday 5 April 2012

Siput Babi

Amin adalah cucu kepada atuknya
Suatu Hari......

Amin: atuk.....tu siput apa?
Atuk: siput Babi
Amin: siput apa?
Atuk : siput Babi
Amin : siput apa?
Atuk : siput Babi
Amin : siput apa?
Atuk : siput lah Babi!

Sunday 22 January 2012

Gong Xi Fa Cai



Gong Xi Fa Cai ...!!!Selamat menyambut tahun baru cina!!! Tahun ini merupakan tahun naga dimana tahun naga ialah tahun kelahiran saya! :D. Dahlah cerita pasal saya. Harap awak semua gembira... Pakai baju cantik - cantiik. ^___^

Monday 2 January 2012

Kalau Tercekik Tulang Ikan

Assalamammualaikum...Saya ada tips.. yang saya buat sendiri. Kalau korang tercekik tulang ikan biasanya korang buat apa supaya tak terasa tercekik? Saya ada satu lagi cara iaitu dengan minum air sambil menarik telinga. Ikutlah nak tarik telinga yang mana satu pun. Tapi cara ini memang berkesan . Percayalah. Saya sudah buat benda ni banyak kali dah

Sunday 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Saya di sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 !! Tanamkan azam yang baru dan yang lebih menarik. Harap bergembira !!

Kisah Di Hospital Gila

Doktor : Ape azam awak tahun 2012 ni??

Orang Gila : Saye nk jadi org yg berakal,tak nak jadi gila dah macam tahun 2011
...
Doktor : ooo,bagus2...saye suka azam awak tu.

Orang Gila : Ade lagi doktor,esok saye berazam nk kuar dri Hospital Gila ni dlm keadaan yg sihat.

Doktor : Esok kan masih tahun 2012...knape nk berazam lagi???

Orang Gila : (Marah)Doktor jgn nk tipu saye la!!!Kelmarin kan 2011,ari ni 2012...esok mesti la 2013,tahun baru...Gila la doktor ni,itu pon xleh pikir!!!

Doktor : (=.=") Nurse,suntik ubat pelali kt pesakit saye ni...dah makin menjadi2 gila dia ni.