SUATU cerita yang telah berlaku beberapa tahun
dulu di Makkah. Kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan
panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang
dari majalah Mastika atau majalah-majalah tabloid tetapi kisah dari
tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 4...0an
telah meninggal dunia.Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk
dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2
kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.Apabila sampai sahaja
di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila
mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal
telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus
berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah
perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang
setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .Apabila mereka sampai di
tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah
menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta
mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit
dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang
peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh
mereka).Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba
Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar
dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu.MasyaAllah
(seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu
ular itu masuk ke dalam kubur).
Dengan beberapa seketika
mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan
dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah
terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu
serta mematah matahkan tulang jenazah itu. Subhanallah... Ada beberapa
orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat
kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi,
rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan
solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian
ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu
daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.
No comments:
Post a Comment