Friday 30 December 2011

Thursday 29 December 2011

Cincin Berlian Palsu

Isteri Ajoi merengek meminta hadiah ulang tahun perkahwinannya dengan sebentuk cincin berlian.Kerana malas nak layan rengekan isterinya, Ajoi pun membeli sebentuk cincin berlian yang sangat cantik kepada isterinya.

Isteri Ajoi sangat gembira dan teruja tapi Ajoi meminta isterinya berjanji.

Ajoi: Mama, cincin ni abang kasi pada mama tapi mama mesti berjanji jangan menunjuk kepada kawan-kawan mama.

Isteri Ajoi: Ok bang, takde masalah.

Ajoi: Betul ni ma? kalau mama melanggar janji ni, mama akan menyesal…

Isteri Ajoi: Ok bang, kalau saya melanggar janji nih, saya akan menanggung akibatnya.

Beberapa hari kemudian, isteri Ajoi naik angin satu badan, sangat marah pada Ajoi.

Isteri Ajoi: Abang ni memang melampau tau..!

Ajoi: Kenapa mama?

Isteri Ajoi: Tadi semasa mama lepak-lepak dengan ahli mesyuarat tingkap, saya tunjukkan cincin berlian yang abang belikan. Rupanya CINCIN BERLIAN PALSU! Saya maluuuuuu..! Mana mama nak letak muka!

Dengan selamba, Ajoi menjawab…

Ajoi: Kan sesuai dengan janji mama, mama akan menanggung akibatnya jika langgar janji tunjuk cincin ni pada kawan-kawan mama..

Isteri Ajoi: &*!(@)@&#&!!!!

Lapar

Seorang pendengar Radio silau fm.. Sedang menelefon DJ tersebut di konti radio..
Pendengar : Hello radio silau fm?
Penyiar : Betul dengan siapa sy berckp ni?
Pendengar : Saya Meon, boleh request tak ?
Penyiar : Boleh... Meon mahu request apa ?
Pendengar : Tolong putarkan Azan Maghrib bang!! Dah lapar nih...
..

Wednesday 28 December 2011

Kod Facebook

Harimau Malaya --> [[140478612676809]]
Angry Bird--> [[166456416741199]]
Shin Chan --> [[196431117116365]]
Doraemon --> [[155393057897143]]
Spongebob --> [[334954663181745]] ...
Domo --> [[250128751720149]]
Sonic --> [[120219704713360]]
Pooh --> [[123363421035031]]
Piglet --> [[132045620187428]]
Ultraman --> [[147290738648754]]
Bleach --> [[40134995667]]
Justin Bieber --> [[199705483893]]
Adidas --> [[111751548879681]]
BoBoiBoy --> [[110056482412380]]
Mickey Mouse --> [[297035248728]]
Greyson Chance --> [[239842169376590]]

Telefon Bimbit zaman Sekarang

Dulu telefon bimbit ada pelbagai bentuk , warna dan cara. Tapi sekarang ni lebih kurang je semua telefon bimbit. Perasan tak ??

Zaman pertama ada telefon bimbit semuanye besar - besar. Dan kemudian semua lebih suka yang kecil. Tapi sekarang lebih orang sukakan telefon yang besar -besar.

Basikal Besar

Basikal ini hanya di Terengganu

Monday 26 December 2011

Peminat Setia Greyson Chance

Seorang pemuda sedang menulis diarynya. Dia adalah seorang peminat setia Greyson Chance. Dan ini apa yang ditulisnya....
My Daily Needs:
Food- ..........▀ 10%
Water- ........▀ 8%
Sleep-.......... ▀ 6%
Facebook-.... ▀▀▀▀▀▀▀▀ 90%
Greyson -.... ▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀4590%

Lawak Muka Buku

Cikgu:selamat berkenalan
Murid baru:kite Berkenalan hanya dalam laman muka buku....
Cikgu:sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau
Murid baru:Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwo.... Cikgu:aku sakit hati dah ni
Murid baru:hati ku rasa sesuatu....
Cikgu:cikgu kan kata dah nak hantar kamu dekat guru besar
Murid baru:dan pabila kau kata kau mau jumpa aku.
Cikgu:tolong diam
Murid baru:ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju huwoohuwoho...
Cikgu:!@#$%^&*

Sunday 25 December 2011

Pergi Dominos mintak Pizza Hut

Saya : ini domino Pizza ye?
Domino: ya.. boleh saya amik pesanan saudara?
Saya: ok.. saya nak nombor telefon Pizza Hut ade?
Domino: %()(_&$^$&#!

Thursday 22 December 2011

Couple

lelaki: ye! abg dh lme tnggu saat nie!
perempuan: abg nk tngglkn syg ke?
lelaki: mestilah x... tolong jgn fkir mcm 2. x mngkin trjadi !!
perempuan: abg cntakn sygkan?
lelaki: ye,tiap hari.
... perempuan: abg prnh tipu syg x?
lelaki: X! nape syg sllu tnye cm2?
perempuan: abg akn selalu kluar dengan syg tk?
lelaki: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn.
perempuan: abg akn pkul syg?
lelaki: giler ke?abg bkn llaki cm2!
perempuan: bleh ke syg prcyekn abg?
lelaki: yaa!
perempuan: syg!

SELEPAS COUPLE: baca dari bawah hingga atas pulak

Surah - Surah Al-Quran

Dikatakan :-

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG

Saling Menolong

Zizan dan Barry Manilow


Sama tak? :D

Matematik

Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.
Murid² : Baik cikgu.
Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula², di tambah lagi dgn 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??
Murid2 : "TERIMA KASIH, MAKCIK".
Guru : ........ =..=

Birthday Month

People born in .....

January --> Bold and Alert

February--> Lucky and Loyal
March --> Naughty and Genius
April --> Caring and Strong

May --> Loving and Practical

Jun --> Romantic and Curious

July --> Adventurous and Honest

August --> Active and Hardworking

September --> Sensitive and Pretty

October --> Stylish and Friendly

November --> Nice and Creative

December --> Confident and Freedom loving

Wednesday 21 December 2011

My Best Friends !! :D


Nice to be your Best Friend!!! ^_^

Become A Fan

Tak Tahu Nak Order Apa

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..

Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
... Ahmad: Air...Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air...Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik...bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi...yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah...takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba tergelak terbahak bahak .

Tuesday 20 December 2011

Kuda Dan Rumput

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"...
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?

Saturday 17 December 2011

Something Lost!!

Mum !! My friend stole something really important to me !! It's the matter of life and death !!!!!!

What is it ?

My nail clipper !!!!!!!!!!

Friday 16 December 2011

Lawak Kampus 3

Dialog pertama : Ah! Itu kan Cikgu Noodle?

kedua : Dia tengok buku apa tadi?

ketiga : Dia dah pergi

Keempat : !!!
Kelima : Patutlah Dia tengok lama sangat.
Keenam : Perasan betul...

Lawak Kampus 2



Dialog pertama : Kamu Boleh mula menjawab sekarang

kedua : Cikgu, kertas ujian ni kena edar pada semua orang ke?

ketiga : Taklah. Kertas tu khusus untuk setiap pelajar

Wednesday 14 December 2011

Teka Teki Kelakar

- Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman ?
> Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik .

... - Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
> Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp ! salah EPL laaa .

- Kuih ape yang bungkusnya di dalam , isinya di luar ?
> Answer: Kuih salah bikin .

- Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
> Answer: Kuda belang ! cube kira brape black belt dia ade.

- Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
> Answer: Pintu yang ade tulis ' TARIK '

- Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
> Answer: Pembohong .

- Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
> Answer: Neneknye si katak

- Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
> Answer: Dua-dua tak kenal korang , hehek

- Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
> Answer: Mestilah kene tebang ! sape nak cabut pokok kelapa , gile ape .

- kenapa anak babi jln tunduk?
> Answer: sebab die tau bapak die babi .

Tuesday 13 December 2011

Oh Teruknya! Oh Bagusnya!

2 orang kawan sedang berbual:

A: Saya baru saja berkahwin

B: Oh, baguslah!
... ... ... A: Tak, ia teruk sebab dia tu ada kekasih lain.

B: Oh, teruknya!
A: Tak, ia bagus sebab dia tu jutawan.

B: Oh, baguslah!
A: Tak, ia teruk sebab dia tak bagi satu sen pun pada saya

B: Oh, teruknya!
A: Tak, ia bagus sebab dia akan hadiahkan saya sebuah kondominium.

B: Oh, baguslah!
A: Tak, ia teruk sebab kondominium tu dah terbakar semalam.

B: Oh, teruknya!
A: Tak, ia bagus sebab dia ada kat dalam tu dengan kekasih dia

Lawak Kampus 1

Monday 12 December 2011

Titik Hitam




Anak Dukung Ayah

Mencari Gereja

Seorang lelaki NON-MUSLIM datang ke Malaysia untuk bercuti, kebetulan pada hari tersebut merupakan hari agama baginya, dia pun pergilah mencari GEREJA berdekatan tetapi tidak diketemui.

Akhirnya beliau bertanya kepada seorang wanita: "Saudaraku, dimana Gereja yang terdekat?"

Kemudian wanita itu menjawab: "Maaf, saya ISLAM."

Selepas itu, NON-MUSLIM tadi berkata: "Oooo.. Saya ingat kamu adalah sebahagian dari kami (bukan ISLAM) sebab biasanya seorang wanita ISLAM akan pakai penutup kepala (jilbab). Maaf², saya tadi tidak dapat MEMBEZAKAN awak ISLAM atau Kristian...

Thursday 8 December 2011

Call Setiap Hari

boyfriend : saya rasa kita kena break skrg..

girlfriend : kenapa?awak tak sayang kat saya dah ke?

boyfriend : sebab saya sayang awklah saya kena break dgn awak..
... ...
girlfriend : jadi kenapa?

boyfriend : tiap2 hari awak call saya,msj saya,tanya khabar saya..tapi awak call tak mak awak tiap2 hari?

girlfriend : (diam)..

boyfriend : saya kesian dekat mak ayah awak..saya takpela.. couple ni dosa tp lelaki tanggung dosa dia sendiri..tapi awak tak..sebelum awak kahwin,mak & ayah awak akn tanggung dosa awak..awak tak kesian ke kat mak & ayah awak?awak call saya tiap2 hari sedangkan saya tak menanggung awak pun kecil2 dulu..mak ayah awak yg jaga awak sampai sekarang.

girlfriend : hurm..

boyfriend : awak tunggu saya boleh?kalau ada jodoh kita,saya akan kembali pada awak bila saya dah berjaya dan bila saya dah membentuk diri saya supaya saya layak membimbing awak dan kita boleh berpimpin tangan ke syurga ALLAH..INSYAALLAH..

girlfriend : mulanya saya susah nak terima tapi saya sedar saya mesti menyayangi ibu bapa saya dulu..terima kasih awak.

indahnya cinta kalau ia terpelihara sehinggalah ia menjadi cinta yang diredhai Allah..

4 Payung Terjun 5 Penumpang

Sebuah pesawat yang membawa 5 orang penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

... Penumpang pertama berkata...

"Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England. " lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.
...
Penumpang kedua pula berkata...

"Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. " lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

Penumpang ketiga muncul...

"Aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... " 10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang.

Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun.

Katanya :

" Aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu.

Lalu budak tersebut pun berkata...

" Jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya "

Allah Love Me

People hurt you, ALLAH will heal you. ♥
People humiliate you, ALLAH will magnify you. ♥
People judge you, ALLAH will justify you. ♥
ALLAH will never get tired of loving me. :) ♥

Wednesday 7 December 2011

Keperibadian Wanita daripada Cara Berjalan

Setiap gerakan wanita ketika berjalan melambangkan keperibadiannya.

1. Bila berjalan dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah (berjengket). Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur bila berbohong mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan sepert......i ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal wangnya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan lelaki.

2. Bila berjalan sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahasia. Walaupun banyak yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan temannya namun banyak lelaki yang berusaha untuk menaklukkan hatinya. Konon wanita seperti ini senang dibentuk.

3. Bila berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbicara dengan orang-orang yang dekat dengannya dan dpt dipercaya untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun jika ada lelaki yang berhasil menawan hatinya, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Bila berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatakannya jika anda tidak mahu mendengar dia bicara panjang lebar. Meski pendiriannya teguh tapi selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mau bicara dengan orang yang berpengetahuan luas.

5. Bila berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mau urusan pribadinya dicampuri orang lain. Gaya bicaranya serius menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini ia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang tegas tanpa meninggalkan sifat-sifat romantisnya.

Kekuatan

Muhammad Rasulullah



Jadikan Islam Itu Panduan Hidup Kita

Sunday 4 December 2011

Jatuh Kerusi

Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu: Jadi?

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.
... ...
Ibu: Awak anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?

Ibu: Siapa?

Anak: Sayalah.

Ibu: Cis

Si Suami Mintak Kahwin

Suami: Ayang, abang nak kahwin lain boleh?
Isteri: Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.
Suami: Errr... Aaaa, Ok2.
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?
Suami : Betul...
Isteri : One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang..
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang
MAMPUS, tambah "s" je, kan?
Lalu si suami pun membatalkan hasratnya untuk berkahwin lagi..

Saturday 3 December 2011

Bila Orang Jahil Berbicara


Disebuah restoran mahal..
Seorang gadis bertudung makan seorang diri..
... ... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..
... Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal macam ini pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..
malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan tak separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata : "eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu... Lelaki tu berkata:

✔Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

✔Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu

✔Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari
kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor"

Berantai Atau Bulat?


Gambar di atas berantai atau bulat sahaja?
Sebenarnya gambar di atas cuma bulat sahaja... Cuma otak kita sahaja keliru..

Wednesday 30 November 2011

Permainan

apa kata kita hiburkan hati dngn permainan ni
JOM MAIN GAME NI! :
Peraturan: Anda perlu sambungkan ayat ayat tersebut

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
... Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
Jangan lupa bagi tahu hasilnya dengan komen di bawah...

Tuesday 29 November 2011

Anak Dalam Perut

Seorang anak kelihatan pelik dengan perut ibunya kerana semakin lama semakin besar. Dia pun bertanya kepada ibunya...

Anak : Ibu , ada apa dalam perut ibu itu. Sebab Abang tengok makin lama makin besar.

Ibu : Oh, dalam perut ibu ada adik abang lah.

Anak : Ibu benci dia ke?

Ibu: Eh, mak tak pernah benci adik.

Anak : Dah tu, kenapa mak telan dia?

Ibu: Kalau mak tampar abang jangan tanya kenapa ya??!!!

Monday 28 November 2011

Teacher Non-Muslim And Muslim Student

Teacher NON-MUSLIM asked the students MUSLIM

Teacher : Can you see Allah?
Class : No.
Teacher : Can you touch Allah?
Class : No
Teacher : Then there isn't Allah!

*Student raises their hand and says*

Student : Sir, can you see your brain?
Teacher : No.
Student : Can you touch your brain?
Teacher : No.
Student : Oh okay, so you don't have a brain?

Sunday 27 November 2011

Maksud Tahi Lalat Pada Anggota Badan

Di kepala sebelah kanan - terkabul cita-citanya

Di kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan

Ubun-ubun - kurang jujur Pusar - cerdas,tangkas dan tekun

Di Kening kanan - cergas dan cekap

Di kening kiri - cergas dan sopan santun

Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta

Sudut mata kanan dalam - disayangi suami atau isteri

Biji mata kanan - suka serong dan pembohong

Biji mata kiri - pembohong tapi baik hati

Di alis kanan - baik hati, suka menolong

Di alis kiri - ramai yang suka

Di pipi kanan - ramai teman

Di tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka

Di tengah-tengah pipi kiri - ramai kawan

Pada hidung - banyak rezeki

Pada batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

Bibir atas kanan - banyak rezeki dan pandai


Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati

Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka

Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah

Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah

Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya

Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati

Dagu bawah kiri - bijaksana, berbudi luhur

Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita

Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

Leher ditengah - tercapai apa yang dicita

Di bahu kanan - cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan

Di bahu kiri - suka kerja keras, banyak tangungjawab

Di dada kanan - dapat mengatasi masalah

Di dada kiri - berani, jujur dan sabar

Buah dada kanan - baik hati, pendiam dan simpan rahsia

Buah dada kiri - ramai kawan, setia pada suami atau isteri

Di punggung kanan - pendiam, simpan rahsia

Di punggung kiri - lambat, kurang agresif

Di perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf

Di perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya

Pinggang kanan - sayang pada isteri atau suami

Pinggang kiri - disayangi oleh isteri atau suami

Di jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros

Di jari telapak tangan kiri - banyak rezeki, menyimpan

Lengan kanan - setia dan taat pada atasan

Lengan kiri - menepati janji dan suka kerja

Siku tangan kanan - kuat hendak memiliki kekayaan

Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong

Ketiak kanan - menyimpan rahsia

Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta

Pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria

Pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat

Pangkal peha kanan - kemahuan kuat

Pangkal peha kiri - suka kerja apa saja

Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama (bersetubuh)

Di kepala kemaluan - bakal beristeri dua

Betis kanan - suka berpoya, boros

Betis kiri - tidak suka menganggur

Tumit kanan - jujur, banyak kawan

Tumit kiri - baik budi

Di telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh

Di telapak kaki kiri - baik budi pekertinya

Lutut kanan - bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha

Lutut kiri - kurang berusaha

Tips Untuk Berjaya Dalam Peperiksaan

Ketahui cara terbaik pembelajaran anda.

Ramai yang tak sedar kepentingan yang ini. Adik-adik, otak kita ini terbahagi kepada dua. Yang kanan biasanya untuk anggota sebelah kiri. Otak kiri pula digunakan untuk anggota sebelah kanan. Dah tahu kan?

Otak kiri biasa digunakan untuk bahasa, membaca, urutan dan sebagainya. Yang kanan pula untuk irama muzik, gambar-gambar dan sebagainya. Jadi, dengan menggunakan kesemua kelebihan-kelebihan yang anda ada, secara tidak langsung anda dapat memaksimumkan penggunaan otak anda.


Bila ditanya, mengapa saya selalu lupa apa yang saya baca? Jawapannya mudah, kenapa kita tidak menggunakan keseluruhan nikmat yang Allah beri. Bayangkan apa akan jadi jika kita berjalan hanya dengan sebelah kaki. Dapat bayangkan seorang manusia yang mempunyai sebelah mata sahaja yang masih berfungsi untuk melihat.

Justeru adik-adik dan pembaca sekalian, Tuhan beri kita sepasang otak yang cukup bernilai, maka gunakanlah sebaiknya.

Bagi yang merasakan mudah untuk memahami sesuatu subjek dengan lukisan, maka buatlah seberapa banyak peta minda untuk studi anda. Bagi yang mudah untuk mengingat dengan mendengar, maka siapkanlah diri anda untuk itu, insyaAllah berjaya.

7. Lengkapkan nota.

Ramai tak buat yang nombor tujuh ini. Ya kan? Pelajar cemerlang sentiasa lengkap. Pelajar yang bermotivasi, dia selalu tak tinggal nota. Balik saja dari kelas, dia terus ulangkali tajuk berkenaan, dia terus saja siapkan nota. Nota hari itu, hari itu juga dia siapkan. Ha, barulah dikata pelajar cemerlang.

Ada yang mungkin bertanya, penting ke nota ini? Ya, nota ini nampak macam tak penting. Tapi nota-nota yang kita buat inilah sebenarnya yang akan membantu kita nanti di kala sebulan terakhir nak exam. Tak percaya, cuba buat!

8. Jangan bertangguh.

Ini sikap pelajar hebat. Bukan pelajar sahaja, bahkan mana-mana orang yang nak cemerlang di dunia ini, dia tak amalkan sikap ini. Sikap bertangguh ini adalah kawan bagi manusia yang gagal. Dan manusia gagal ni selalu tak dapat apa-apa dalam hidup.

Justeru, kerja hari ini, hari ini juga kita buat. Apa yang diajar di kuliah siang tadi, malam itu juga ulang kaji, malam itu juga siap-siapkan nota dan malam itu juga buat latihan. Barulah perfect!

9. Siapkan diri menghadapi peperiksaan.

Ini juga penting. Tak boleh dinafikan yang kita ini belajar kerana peperiksaan. Betul? Tak ada orang yang nak study kalau bukan kerana ada exam. Ya, hidup ini juga suatu ujian, peperiksaan untuk setiap hamba-hamba Tuhan. Siapa yang beri? Allah yang uji kita.

Jadi, macam mana kita lengkapkan diri kita dengan segala amalan kerohanian untuk persiapan ujian hari akhirat nanti, macam itulah kita perlu siapkan diri kita menuju ke dewan peperiksaan.

Nasihat saya, banyakkanlah buat latih tubi. Banyak buat soalan-soalan latihan peperiksaan tahun lepas. Biasanya soalan-soalan itu juga yang akan keluar. Dan biasanya bab-bab itu juga yang akan digunakan di dalam pekerjaan nanti. Jadi, tak pernah rugi kalau anda lakukan, percayalah.

10. Jaga kesihatan

Yang terakhir ini nampak macam bosan. Yalah, saya yang menulis pun rasa bosan. Tak habis-habis kesihatan. Dengar ungkapan kesihatan aje, orang semua dah lari. Dan mungkin ada juga yang dah tak pandang apa yang saya sedang tulis ni. Dia baca tajuk nombor sepuluh itu aje, lepas tu dia blah. Aduhai, sampai hati.

Abang, kakak dan adik-adik semua, jagalah kesihatan anda. Jangan kata kesihatan itu tidak penting. Betapa ramai orang kat luar sana yang sedang sakit. Betapa banyak generasi-generasi lepas yang pernah melalui detik kegagalan kerana mengabaikan faktor kesihatan ini. Kejayaan sering kali berkait rapat dengan badan dan otak yang sihat.

Jagalah kesihatan anda, moga-moga kita juga dapat melaksanakan tuntutan Ilahi dengan mudah, dapat juga mengejar cita-cita tanpa halangan.

Saturday 26 November 2011

35 Tips Dan Petua Menjadi Seorang Pelajar Yang Cemerlang Di Dunia Dan Di Akhirat

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya..
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.