Monday 31 October 2011

Singgit

Adik : Mak, nak singgit boleh?
Mak : Singgit? ape benda tu singgit?
Adik : Duit lah mak....takkan tak tahu kott...
Mak : Duit? Ade ke duit name singgit?Cuba bagi mak satu contoh...
Adik : Ni hah...(tengah tunjuk duit singgit)
Mak : Ini adik kate singgit?! Ini bukan singgit....SERINGGIT LAA!

Tolong Buat Facebook

Lelaki : Weh! Tolong ajar aku buat facebook boleh tak?
Kawan : Boleh. Kau dah ada depan komputer ke?
Lelaki : Dah. Aku dah ada email pun.
Kawan : Cantekk! Ok, sekarang buka browser firefox atau internet explorer.
Lelaki : Browser tu ape?
Kawan : Laa. Kau klik menu start, lepastu cari tulisan internet explorer.
Lelaki : Lepastu?
Kawan : Kat kotak paling atas, kau type ‘www.facebook.com’ pastu enter.
Lelaki : Oke! Lepastu weh?
Kawan : Kalau dah keluar gambar, kau isi form pendaftaran sesuai yg ada.
Lelaki : Isi yang mana weh? Takde pape pun kat page ni.
Kawan : Takkan la takde pape? Kat page tu tulis apa?
Lelaki : Paling atas cuma ada tulisan ‘the page cannot be displayed’.
Kawan : Oh! Ko salah tulis dari awal tu.
Lelaki : Betul la aku type, www.facebook.com.
Kawan : Hmmmm, mungkin connection internet ko mati kot.
Lelaki : Eh? Kene ada internet ye? Rumah aku takde internet.
Kawan : Cisss. Senget! Jari aku sampai lebam kasi tau kau. Rupanya rumah kau takde internet.
Lelaki : Hehe. Takpe la. Nanti kalau aku pergi cyber cafe aku sms ko lagi ye. Thanks ye.
Kawan : Sokey bro, email ko ape weh?
Lelaki : www.taikocai@yahoo.com. Ada kawan aku buatkan. Aku belum pernah buka lagi.
Kawan : Laa.. Mana ade email pakai ‘www’ kat depan. Alahaiii..
Lelaki : www tu ape weh?
Kawan : Waalaikumusalam Warahmatullahi Wabarakatuh~

Saturday 29 October 2011

Anak Pak Azman Main Judi

Adi: Pak Azman!
Pak Azman: Ada apa Adi??
Adi: Anak Pak Azman main judi !!
Pak Azman: Astaghfirullah
Adi: Lagi satu Pak Azman...
Pak Azman: Apa dia??
Adi: Dia main judi menang.
Pak Azman: Alhamdulillah

Me

Girl : If I feel bored, what should I do honey ?
Boy : call me !
Girl : If I feel sad ?
Boy : think of me !
Girl : If I feel lonely ?
Boy : meet me !
Girl : If I feel sleepy ?
Boy : dream of me !
Girl : If I feel hurted ?
Boy : remember me !
Girl : What if I feel hungry ?
Boy : REBUS MEEE !!

Friday 28 October 2011

Terpedaya

Khairul Luqman dan Siti Aisyah sudah lama bercinta.... Tetapi, mereka bercinta di dalam Facebook.

Suatu hari, Luqman mengajak Aisyah untuk berjumpa sesama sendiri di satu tempat. Tempat yang mereka akan bertemu ialah di Alamanda di Putrajaya tepat pada pukul 3:00 petang pada hari Sabtu.

Seperti yang ditetapkan, mereka pun pergi ke tempat tersebut. Luqman tiba di sana lebih awal. Dia menunggu ketibaan Aisyah....Beberapa minit kemudian, Aisyah pun tiba. Aisyah dan Luqman saling mencari antara satu sama lain. Tetapi mereka masih tidak jumpa.

Mereka ber - sms tapi masih tidak jumpa.Disebabkan keletihan, Luqman berehat di atas kerusi....Dia duduk bersebelahan seorang nenek tua. Nenek tua itu bertanyakan kepada Luqman "Nak, siapakah namamu?". Luqman pun menjawab, "Namaku ialah Khairul Luqman"

Nenek itu pun terkejut.....rupa - rupanya nenek tua itu ialah SITI AISYAH. Dalam hati Luqman terkata " Inikah perempuan yang selama ini aku bercinta?!Aku bercinta dengan nenek tua?!" Sejak sebelum mereka bercinta, selama ini, Siti Aisyah meletakkan gambar sewaktu dia muda di dalam Facebook! Jadi , tak hairanlah kalau Luqman ingatkan Aisyah dah tua!!

Pertama Kali di Kuala Lumpur

Pada suatu hari, Bedah dan bapanya ke Kuala Lumpur pergi ke Shopping Mall.
Mereka ini baru buat pertama kalinya datang ke Kuala Lumpur.Sebelum ini, mereka asyik memerap di kampung mereka.

Jalan punya jalan, Bedah terpandang ke arah lif dan bertanya kepada bapanya, " Bapak, apa bendakah itu?"
Bapanya menjawab, "Entahlah nak...Bapak pun pertama kali tengok benda ini."

Tak lama selepas itu, seorang nyonya tua terbongkok - bongkok, tergigil - gigil menuju ke lif dan menekan butang lif tersebut. Pintu lif itu terbuka lalu nyonya tua itu masuk ke dalam lif tersebut. Pintu lif pun tertutup. Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka....TINGG!!!

Keluarlah seorang awek yang sangat cun seperti SHANIA TWAIN.....lantas berkatalah bapa si Bedah kepada Bedah. " NAK KAMU PERGI BAWA MAK KAMU KEMARI, KITA MASUKKAN DIA KE DALAM GUA AJAIB NI!"