Friday 28 October 2011

Pertama Kali di Kuala Lumpur

Pada suatu hari, Bedah dan bapanya ke Kuala Lumpur pergi ke Shopping Mall.
Mereka ini baru buat pertama kalinya datang ke Kuala Lumpur.Sebelum ini, mereka asyik memerap di kampung mereka.

Jalan punya jalan, Bedah terpandang ke arah lif dan bertanya kepada bapanya, " Bapak, apa bendakah itu?"
Bapanya menjawab, "Entahlah nak...Bapak pun pertama kali tengok benda ini."

Tak lama selepas itu, seorang nyonya tua terbongkok - bongkok, tergigil - gigil menuju ke lif dan menekan butang lif tersebut. Pintu lif itu terbuka lalu nyonya tua itu masuk ke dalam lif tersebut. Pintu lif pun tertutup. Tidak lama kemudian, pintu lif terbuka....TINGG!!!

Keluarlah seorang awek yang sangat cun seperti SHANIA TWAIN.....lantas berkatalah bapa si Bedah kepada Bedah. " NAK KAMU PERGI BAWA MAK KAMU KEMARI, KITA MASUKKAN DIA KE DALAM GUA AJAIB NI!"

No comments:

Post a Comment