Saturday 23 April 2011

Kebaikan Bersenam

1. Ketahanan kardiovaskular:


  • Ini ialah keupayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa oksigen ke semua sel dalam badan.


  • Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung danparu-paru. Senaman ini juga melibatkan kumpulan otot-otot besar bahagian kaki,lengan dan bahu.

2. Kecergasan otot melibatkan:



  • Dimulakan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama15 minit.

  • Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit.

3. Kemudahlenturan/fleksibiliti - kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpaketidakselesaan.


4. Komposisi badan - Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisimotot termasuk tulang dan jisim lemak.


Kebaikan Senaman:



  • Meningkatkan kecergasan fizikal anda.

  • Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.

  • Mempertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan.

  • Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.

  • Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.

  • Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.

  • Mempertingkatkan kawalan glukos.

  • Melambatkan osteoprosis.

  • Berpeluang bergaul dengan orang ramai.

Program Sesi Senaman



  • Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat:

1. Sesi Memanaskan Badan.


2. Sesi senaman Aerobik.


3. Sesi Menyejukkan Badan.



  • Kekerapan - 3 hingga 5 kali seminggu.

  • Intensiti - mengikut kemampuan anda

1. Sesi Memanaskan Badan


• Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktivitisebenar.


• Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.• Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :


a. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit.


b. Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dandiakhiri dengan regangan.


2. Sesi Senaman Aerobik


• Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan.


• Jangka masa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan anda.


Kenalpasti tahap kemampuan anda .


3.Sesi Menyejukkan Badan


• Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidakselesaan.


• Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk:-


a.Jangka masa lebih kurang 5 hingga 10 minit.


b.Ulang semula sesi memanaskan badan .


Garis Panduan Untuk Memilih Program Latihan Senaman


1. Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda.


2. Lakukan secukupnya untuk mendapat manafaat. Selain daripada itu iahendaklah menyeronokkan.


3. Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan berlebihan.


4. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya andamengalami masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti.


5. Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh.


6. Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalukasar dan tersentak.


7. Jangan berhenti secara tiba tiba semasa melakukan senaman. Kekalkangerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman.


8. Tetapkan jadual harian senaman anda.







Saturday 9 April 2011

Senyum


Senyum selalu...

Long Time No See

Hello Ali! Long time no see. Where have you been all these years?
I've been to UK.
Er... United Kingdom?
No! Ulu Kelang!

Hello Chin Meng!! Long time no see. Where have you been all these years?
I've been to LA.
Er... Los Angeles?
No! Leboh Ampang!

Hello Maniam!
Long time no see. Where have you been all these years?
I've been to KL
Er... Kuala Lumpur?
No! Kuala Langat!

Hello Ranjit!
Long time no see. Where have you been all these years?
I've been to KK
Er... Kota Kinabalu?
No! Kuala Keti!

I Don't Care

Nudin: Hi Normah!
Normah: What?
Nudin: Mind if I smoke?
Normah: Idon't care if you burn