Bila Orang Jahil Berbicara
Disebuah restoran mahal..
Seorang gadis bertudung makan seorang diri..
... ... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..
... Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :
"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal macam ini pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."
Seorang anak muda pulak menyampuk:
"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..
malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan tak separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."
Seorang lagi berkata : "eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."
Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu... Lelaki tu berkata:
✔Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
✔Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu
✔Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari
kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor"
No comments:
Post a Comment