Saturday 5 November 2011

Dipecat


Seorang lelaki bernama Kassim bekerja sebagai pencuci tandas di sebuah kelab golf. Dia baru sahaja menerima kerja itu seminggu yang lalu.

Suatu hari, dia dipanggil oleh bosnya...
Bos : Hari ini kita ada VVIP dari Korea. Jadi, saya mahu awak menjaga tandas dengan bersih. Faham?!
Kassim : Baik bos! Ada apa - apa lagi?
Bos : Tak ada, dah, pergi sambung kerja awak!

Setiap hari, sepanjang masa, dia membersihkan tandas itu.
Suatu malam, kelab itu sudah hampir hendak ditutup. Kassim pun bersiap untuk pulanng ke rumah. Tanpa disedar, seorang lelaki (VVIP dari Korea) masuk ke dalam tandas sewaktu Kassim sedang bersiap. Selepas siap, Kassim pun menutup lampu tandas untk pulang. Tetapi, VVIP itu masih berada di dalam tandas tersebut. Kassim pun pulang ke rumah....

Keesokan harinya, Bosnya panggil Kassim ke pejabatnya... Dia mendapati bosnya sangat marah.

Bos : KASSIM! Kenapa kamu melanggar arahan saya?!!
Kassim : Apa yang saya buat bos?
Bos : Kamu tutup lampu tandas terlalu awal dan membuaat kan VVIP kita marah!!!
Kassim : Tapi bos, semlam saya dah tengok dah tak ada orang di tandas itu.
Bos : Tak ada tapi - tapi. KAMU DIPECAT!
Kassim : Tidak bos....tolonglah jangan pecat saya! Beri saya lagi satu peluang sahaja!Tolonglah!
Bos: Baiklah...Kali ini sahaja...Kalau kamu buat lagi...Kamu akan dipecat!!
Kassim: Terima kasih bos! Terima kasih banyak - banyak!

Dia pun bekerja seperti biasa dan lebih memastikandia tidak cuai. Malam itu, dia memastikan sudah tiada orang di tandas barulah dia tutp lampu. Dia pun menjerit..

Kassim : Ada orang lagi tak?!!!!

Dia dapati tiada jawapan dari sesiapa.... Dia pun tutup lampu tandas itu.
Keesokannnya, bosnya memanggil Kassim lagi. Kali ini, dia berasa ketakutan.

Bos: KAMU DIPECAT!!!!
Kassim : Tapi kenapa lagi bos?
Bos : Kamu telah membuat perkara yang sama!! Kamu tutup lampu terlalu awal!!
Kassim : Tapi semalam saya dah jerit dalam tandas tu macam ini "ADA ORANG LAGI TAK?!!!!"
Tak ada sesiapa pun yang sahut...
Bos : Memanglah orang tu tak sahut dia pekak dan bisu orangnya!!!
Kassim : Laa.... manalah saya tahu dia orang bisu!

No comments:

Post a Comment