:: Hidup di dunia ini ibarat sebuah PERJALANAN yang terlalu PANJANG dan terlalu banyak PERHENTIAN SEMENTARA sehinggakan kadangkala terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana ::
“Demi masa. Sesungguhnya MANUSIA itu benar-benar berada dalam KERUGIAN, kecuali orang-orang yang BERIMAN dan mengerjakan AMAL SOLEH dan NASIHAT-MENASIHATI supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(Surah al-‘Ashr : 1-3)
~> Perjalanan hidup itu pastinya BUKAN SEMUDAH yang kita sangkakan kerana Syurga itu MANIS, pastinya kita akan DIUJI sebelum masuk ke dalamnya..apabila kita masih diberi PELUANG untuk mengumpul sebanyak mungkin AMALAN KEBAIKAN di dunia, masih diberi peluang untuk belajar ilmu-ilmunya, maka belajarlah dan kejarlah pintu-pintu kebaikan itu..selagi kita masih punya ibu dan ayah, maka BERBAKTILAH pada mereka kerana kita tidak tahu apakah KEBAIKAN yang sudah kita jalankan itu sudah cukup untuk melayakkan diri kita sebagai ahli SyurgaNya..maka teruskanlah melakukan kebaikan dan HINDARKAN diri dari KEMUNGKARAN selagi mana kita diberi peluang untuk melakukannya
No comments:
Post a Comment