Sunday 30 January 2011

Pemakan Seimbang

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan . Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.

Nutrien - nutrien
a.Lemak
b.Protein
c.Vitamin
d.Karbohidrat

a.Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

b.Protein
Protien mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi oleh haiwan manakala protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

c.Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam sistem saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

d.Karbohidrat
Karbohidrat sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.


Dengan pemakanan yang seimbang kita dapat mencergaskan otak. Jika kanak - kanak lakukan pemakan yang seimbang pembelajaran mereka dapat dipertingkatkan hingga ke dewasa.

No comments:

Post a Comment