Thursday, 31 May 2012
Istilah makanan yang mengandungi babi
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..
Mungkin banyak umat Islam tidak tau bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:
1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.
Friday, 25 May 2012
Tak Ada Telinga, Tak Nampak
Kamal : Hafiz...aku nak tanya kau..kalau kau tak ade telinga kau yang belah kanan apa akan jadi?
Hafiz : Aku tak akan dengar..
Kamal : Kalau kau tak ade yang lagi satu?
Hafiz : Aku tak nampak lah..
Kamal : Eh? Kenapa pulak?
Friday, 11 May 2012
Saturday, 5 May 2012
Wanita dilarangkan memakai tdung di IPTA dan IPTS
Baru-baru ini satu isu hangat diperkatakan berkenaan dengan pemakaian
tudung di IPTA dan IPTS telah diperdebatkan. Mengikut maklumat yang
diperoleh, dikatakan Kerajaan dan Menteri berkaitan telah menghantar
notis dan pekeliling ke sekolah-sekolah selain IPTA dan IPTS berikutan
larangan pemakaian tudung oleh wanita di kawasan kampus Universiti dan
sekolah.
Perkara ini juga telah menjadi isu panas dan menerima bantahan oleh banyak pihak yang kurang berpuas hati dengan tindakan pihak kerajaan. Namun begitu, pihak Kerajaan berkeras untuk terus melaksanakan peraturan dan undang-undang ini secepat mungkin.
Menteri berkaitan telah mengeluarkan senarai beberapa jenis tudung yang diharamkan dipakai oleh kaum wanita antaranya ialah
Perkara ini juga telah menjadi isu panas dan menerima bantahan oleh banyak pihak yang kurang berpuas hati dengan tindakan pihak kerajaan. Namun begitu, pihak Kerajaan berkeras untuk terus melaksanakan peraturan dan undang-undang ini secepat mungkin.
Menteri berkaitan telah mengeluarkan senarai beberapa jenis tudung yang diharamkan dipakai oleh kaum wanita antaranya ialah
tudung saji,
tudung periuk,
tudung termos
tudung cat
Isteri Ada Masalah Pendengaran
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
Subscribe to:
Posts (Atom)